MAKLUMAN PENTING !!!

Mulai tahun 2003 Ketua Jabatan/Unit perlu mencalonkan pegawai/kakitangan untuk mengikuti program latihan komputer anjuran Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi Negeri, Pejabat SUK. Sehubungan dengan ini pendaftaran/permohonan bagi pegawai/kakitangan yang dicalonkan dapat dibuat menerusi aplikasi intranet e-Permohonan Kursus melalui ID yang sah sahaja iaitu KETUA JABATAN atau PEGAWAI SOKONGAN LATIHAN YANG TELAH DILANTIK.

e-Permohonan Kursus merupakan aplikasi berasaskan web yang bertujuan meningkatkan dan melicinkan proses permohonan dan pemilihan peserta-peserta untuk program latihan seperti yang di jadualkan dalam Kalendar Kursus serta menyediakan kemudahan kepada anggota pentadbiran negeri menyemak status permohonan dan profil latihan/kursus yang telah dihadiri.

Semua permohonan akan dibuka 2 minggu sebelum kursus pada bulan berikutnya. Permohonan akan ditutup seminggu sebelum kursus dan urusetia akan memaklumkan permohonan yang berjaya pada penyelaras masing-masing melalui e-mel.

Semua permohonan yang dibuat akan dihantar secara automatik melalui e-mel kepada Urusetia Latihan di Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi Negeri untuk pertimbangan.



Kemudahan dalam e-Permohonan Kursus

Kalendar Kursus
>> Menyenarai kalendar latihan komputer sepanjang tahun.
>> Meneliti kandungan serta butir terperinci kursus bagi sesi yang dipilih.
>> Membuat permohonan ke atas sesi latihan yang mempunyai status permohonan 'Buka'
..... (Hanya melalui ID Ketua Jabatan/Pegawai Sokongan Latihan yang sah).
>> Permohonan boleh dibuat dengan mengklik pada perkataan 'Buka' bagi kursus yang ingin dipohon.
......Sila pastikan borang permohonan diisi dengan lengkap dan akhir sekali klik butang Hantar Permohonan.
Profil Latihan
>>Pemohon boleh menyemak status permohonan yang telah dibuat
>>Pemohon boleh menyemak latihan yang telah dihadiri sepanjang tahun.
Bahagian Ketua Jabatan.
>>Seksyen untuk Ketua Jabatan atau Pegawai Sokongan Latihan menyemak status permohonan pegawai/kakitangan masing-masing.
>>Ketua Jabatan / Pegawai Sokongan Latihan dapat membatalkan permohonan yang belum diluluskan oleh Urusetia
......Latihan.
Laporan Statistik
>> Menyediakan laporan statistik tahunan bagi setiap permohonan di semua jabatan
>> Laporan statistik boleh dimuat turun dengan klik pada tahun laporan.




Pertanyaan